|
suasana kamapung apabila berkumpul |
Haaa,,,bila dah sampai Kemaman,bermula lah aktiviti yang menyibukkan.Selalunya saya akan balik ke kampung mak saya,di kampung air putih.Di sana ada banyak jeram dan air terjun.Apabila dah sampai.mcm biasa saya akan ditugaskan untuk membersihkan rumah.Maklumlah rumah pusaka arwah atok saya.Boleh tahan jugalah saiz rumah.Sebab saya sekeluarga akan balik waktu cuti sekolah je.Jadi lama juga rumah tu ditinggalkan.Kena bersihkan laman rumah dan di dalam rumah.Seronok juga,sebab akan ramai sepupu yang akan membantu.Istimewanya rumah pusakan arwah atok saya ni,ianya akan menjadi rumah untuk adik beradik mak saya untuk berkumpul.Haaa,,adik beradik mak saya seramai 8 orang.Memang meriahlah waktu cuti sekolah tu,bile semua balik.Jadi sebagai tuan rumah,saya kene juga bersihkan rumah tu..Ayah saya akan berubah watak menjadi leftenan yang garang dan mak saya menjadi pembantu leftenan yang tak garang mana.Nak tahu sebab apa?.Sebabnya,nak bagi arahan pada adik dan abang saya untuk mebersihkan rumah,supaya nampak seperti rumah.Tetapi saya akui,memang best bersih rumah ni.Nak tahu sabab apa?.Haaa,,lagi sekali,sebabnya boleh menyihatkan badan dan kepuasan apabila rumah kelihatan bersih.Alhamdulillah.