Wednesday 14 September 2011

aktiviti lagi

haa..kalau balik kampung ni,,antara aktiviti yang paling saya suka,makan.Dekat kemaman ni semua ada,cakap je nak ape.tapi.paling best,adanya makanan kegemaran saya iaitu keropok lekor yang original,tak dapat dekat mana-mana,kuala kemaman sahaja yang ada,kalau ada pun tak sama dengan tempat lain.Selain itu ada satar yang dibakar dan otak-otak.Memang sedap rasanya.Haaa,,yang paling special ada jeli kelapa.Memang seronok,dengan berlatarbelakangkan pantai dan angin sempoi-sempoi bahasa.

Saturday 10 September 2011

Sejarah sikit KEMAMAN,TERENGGANU


Kemaman merupakan daerah di negeri TerengganuMalaysia. Ia berada pada kedudukan koordinat 4° 13' 60" Utara dan 103° 27' 0" Timur, pusat daerah Kemaman ialah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Kemaman mengadap Laut China Selatan.
Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu :
Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai.
  1. Kawasan pantai.
  2. Kawasan pedalaman.
  3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai).
Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 batu dari Kuala Kemaman ke Kertih. Lebih separuh penduduk Kemaman tertumpu di kawasan ini.
Kawasan pedalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bukau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu kayan. Justeru itu, penempatan yang berlaku ada hubungkait dengan aktiviti ekonomi setempat.
Di samping itu, kawasan kaki bukit daerah ini mempunyai jumlah penduduk kedua ramainya. Kawasan ini terletak di antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pedalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini adalah sebagai petani.
Sejarawan Mesir bernama Ptolemy yang membuat peta dunia termasuk Semenanjung Tanah Melayu menyebut Kemaman sebagai KoleKuala Terengganu pula sebagai Primula.
kemaman mempunyai 2 buah perlabuhan satu di kerteh dan satu diteluk kalong.industri di kemaman berasaskan petroleum dan keluli.selain itu,kemaman juga mempunyai bandar di sepanjang jalan pantai daerah kemaman.Ianya bemula bandar chukai,bandar baru kijal, bandar peranginan kijal,pekan kemasik yang mempunyai sebuah pusat membeli belah mesra mall dan bandar kertih.
Sekitar tahun 1700, Che Wan Teh keturunan bangsawan Kuala Pahang telah berhijrah ke sini berikutan berlaku persengketaan di Pahang. Beliau menjadi peneroka pertama bagi Kampung Bukit Kuang. Sebelum itu, orang Sakai telah lama mendiami kawasan ini. Setelah kedatangan orang Melayu, orang Sakai berhijrah jauh di pedalaman Kemaman. Kemudian, Che Wan Teh berpindah keTanjung Geliga di muara Sungai Kemaman bagi mencari kawasan lebih selamat. Seterusnya berpindah ke Chukai yang lebih stabil dan selamat daripada ancaman lanun.
Versi lain pula menyatakan Kemaman diteroka oleh Lebai Saris seorang bangawan PataniSiam pada awal abad ke-19 semasa Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Ahmad (1808 - 1830).[2]Lebai Saris dan pengikutnya telah datang ke Kemaman dan meneroka kawasan penempatan di sekitar Kampung Nyor.
Lebai Saris juga dikaitkan sebagai orang yang telah memberi perkataan "Kemaman" iaitu gabungan perkataan-perkataan "Kera" dan "Pokok Maman". Tidak dapat dinafikan bahawa Lebai Saris telah memainkan peranan penting dalam Pembukaan Daerah Kemaman secara lebih meluas di antara Kampung Mak Cili, Kampung Mat Lagam, Kampung Pasir Tengku dan Kampung Jabor.
Penduduk Daerah Kemaman telah bertambah dan pengaruh kekuasaan Lebai Saris semakin teserlah. Berikutan itu, timbul fitnah menyatakan Lebai Saris tidak mahu lagi tunduk kepada Yang di Pertuan Terengganu (Sultan Terengganu). Oleh itu Sultan Ahmad telah menghantar Engku Kembal untuk melawan kekuatan Lebai Saris yang di ketuai oleh anaknya Abu Bakar. Dengan tipu muslihat, Engku Kembal telah berjaya menewaskan Lebai Saris dan anaknya. Kedua-dua mereka dianggap penderhaka dan di hukum sula dengan suda nipah.

Aktiviti

suasan di bazar tempat saya berniaga
ramai yang datang berkunjung
beraneka air,sambil di bantu oleh sepupu
Kalau balik kampung ni,saya juga akan membantu pak cik saya berniaga.Pak cik saya ni dia berniaga air.Banyak juga lah air yang dia jual.Ada air kelapa,air asam boy dan lain-lain lagi.Saya dan anak-anaknya akan membantu untuk melariskan air yang dijual.Di sana pasar-pasar tidak dipanggil pasar malam yang kita kenali,tetapi dipanggil atau lebih dikenali pekan sehari yang dibuka pada setiap hari jumaat.Yang terbaru saya membantu pak cik saya berniaga air pada waktu ramadhan di bazar.

Aktiviti

barbeku
Selain tu.tiap-tiap tahun pak cik saudara saya akan merancang aktiviti barbeku.Bakar-bakar makanan tu,Haaa,,,waktu kami sepupu-sepupu akan diberi tugas masing-masing untuk menjayakan aktiviti tersebut.Ada tu beli arang,beli ikan,ayam dan lain-lain lagi.saya selalunya akan ditugaskan untuk ambil gambar dan merakan gambar.Suasana waktu tu memang meriah,semua sepupu saya dan saudara-saudara yang lain ada.Akan diadakan karoeke dan pertandingan-pertandingan yang lain.Seterusnya.akan diadakan aktiviti mandi manda di jeram.Untuk pengetahuan,di kampung saya,terdapat senbanyak 7 jeram,dan setiap jeram ini ada namanya.Jeram yang selalu dikunjungi oleh saya dan keluarga ialah gajah.Sebab apa dinamakan jeram gajah.Sebabnya ialah jeram tersebut besar dan luas.Saya ada terdengar dan nampak,dikatakan di jeram tersebut terdapat, sebuah batu yang dan bentuknya seperti gajah.Saudara-saudara saya ni macam biasalah,ada je aktiviti yang dilakukan.

Balik Kampung..

Assalamualaikum,,,nanana,,ganu kita..apa maknanya tu,,,haaa,,maknanya balik kampung lah tu,,yeaaa,,,balik kampung,,,best tu,,,terus terang saya nak beritahu,,bagi orang lain sesuatu yang enjoy adalah bershopping,jalan-jalan,cuci mata,dan sesuatu perkara yang kite berasa seronok,,.Tetapi bagi saya,,enjoy adalah balik kampung,di Kemaman,Terengganu.Saya kata je tinggal di Kuala Lumpur.Tapi kalau nak ajak jalan-jalan,memang tak tahu jalan.Bukan apa,saye merasakan tidak enjoy dengan suasana persekitarannya.Lagi enjoy balik kampung.Macam-macam perkara yang boleh saya lakukan.Nak cerita sikit ni.Selalunya saya balik kampung pada waktu cuti sekolah je.Maklumlah waktu sekolah lah orang ramai.Semua sepupu dengan kaum kerabat ada,baru best dan meriah.Saya dan keluarga akan bertolak balik pada waktu pagi,pukul 5.00 pagi.Kalau nak balik kampung,macam biasalah,,guna lebuhraya pantai timur atau ikut pahang,iaitu Muadzam Shah.Selalunya nak sampai Kemaman,mermelukan masa yang lama,antara 4 atau 5 jam.Tetapi disebabkan ayah saya merupakan bekas pemandu F1,boleh dikatakan 2 atau 3 jam setengah je dah sampai kemaman.Saya gurau je,sebenarnya ayah saya bawa laju juga,tetapi selamat.Itu yang penting.Baca doa,berzikir,insyaAllah,sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Thursday 1 September 2011

I and family went back to the hometown at Kemaman,Terengganu.We went there by fathers car.Every people have their hometown.They usually back to their hometown during school holidays and festival day.Back to the hometown was the most sxciting and unforgettable day.Last school holiday,I and my family went back to the hometown.It was located at Kuala Terengganu.We went there by our fathers new car.So,we started our journey at 10.00 am,in  mornig day.Our journey back to the hometown is about four hours.So,my father used shortcut road to shorten our journey.It is about 3.00 pm,we reach at the hometown.My hometown is quite small but so peaceful.Thats why i liked to me precious hometown.At there,we have many interesting activities like fishing at the river.With my cousins.We caught many fish like ikan patin,ikan kelah,ikan keli and the other.I was so happy because i can gathered our family more.At last day ,we went to the river that was located behind my grandmothers house.We went to the river for swam,It was so excited.While we swam in the river,my mother and father were rosted fish and chicken near the riverside.We back to hometown at 5.00 pm.We started our home journey to Kuala Lumpur at 4.00 pm.We greeted our nice,and the others.It was so sad and enjoyable trip.I hope that i will be able to go hometown again and learn the thing from this experience.

Wednesday 3 August 2011

cuti..cuti

suasana kamapung apabila berkumpul
Haaa,,,bila dah sampai Kemaman,bermula lah aktiviti yang menyibukkan.Selalunya saya akan balik ke kampung mak saya,di kampung air putih.Di sana ada banyak jeram dan air terjun.Apabila dah sampai.mcm biasa saya akan ditugaskan untuk membersihkan rumah.Maklumlah rumah pusaka arwah atok saya.Boleh tahan jugalah saiz rumah.Sebab saya sekeluarga akan balik waktu cuti sekolah je.Jadi lama juga rumah tu ditinggalkan.Kena bersihkan laman rumah dan di dalam rumah.Seronok juga,sebab akan ramai sepupu yang akan membantu.Istimewanya rumah pusakan arwah atok saya ni,ianya akan menjadi rumah untuk adik beradik mak saya untuk berkumpul.Haaa,,adik beradik mak saya seramai 8 orang.Memang meriahlah waktu cuti sekolah tu,bile semua balik.Jadi sebagai tuan rumah,saya kene juga bersihkan rumah tu..Ayah saya akan berubah watak menjadi leftenan yang garang dan mak saya menjadi pembantu leftenan yang tak garang mana.Nak tahu sebab apa?.Sebabnya,nak bagi arahan pada adik dan abang saya untuk mebersihkan rumah,supaya nampak seperti rumah.Tetapi saya akui,memang best bersih rumah ni.Nak tahu sabab apa?.Haaa,,lagi sekali,sebabnya boleh menyihatkan badan dan kepuasan apabila rumah kelihatan bersih.Alhamdulillah.

Tuesday 26 July 2011

berkumpul di wakaf
aktiviti dikampung
Ativiti yang akan saya lakukan apabila balik kampung.Haaa,,,pergi rumah mak cik dan pak cik saudara saya..sebabnya jarak antara rumah adik beradik mak saya,jalan kaki dah sampai dah,tu yang best tu.macam buat lawatan rumah ke rumah.Kalau balik kampung ni,maklum-maklum lah,,cuaca panas.Apa lagi,projek sungai pada waktu petang.Sepupu saya boleh dikatakan seramai 64 orang.Yang tinggal di kampung saya tu 34 orang.Memang meriahlah kalau pergi sungai.Saya orang pertama yang akan merasmikan sungai tu,.Sungai itu diberi nama sungai air putih.Air dia,memang bersih,jernih.Aktivi yang akan kami lakukan,siapa yang tahan nafas paling lama.Selalunya saya menang juga,dengan cara menipu.hehe.Selain tu,main bola sepak sungai.kenapa ya?.Sebabnya orang selalu kata,main bola sepak pantai.ni main bola dekat sungai.Itu dinamakan bola sepak sungai.Haaaa..ni yang saya suka,main bola sepak.Kadang-kadang tu main lumba berenang.Memang seronok.

Wednesday 20 July 2011

Aktiviti

Haaa.....selain tu.Kalau balik kemaman ni.Aktiviti nya ialah makan.Sebabnya boleh dikatakan dekat Kuala Lumpur tak ada apa makanan yang saya mahukan.Yang ada apa,KFC,M.DONALD dan lain-lain lagi.Kalau balik kemaman,mula-mula saya akan pergi ke pasar Binjai,yang terletak berhampiran bandar Kemaman.Beraneka kuih muih,pencuci mulut dan lain-lain lagi.Kuih dia memang tak ade dkt tempat lain.Memang meriah lah.Seronok tu.Suasana nya pun tak macam tempat biasa.Selain tu,saya akan pergi ke kuala kemaman.Tahu tak kuala kemaman?.Haaa,dekat kuala kemaman ni,terkenal dengan dengan keropok lekor,satar dan otak-otak.Selain tu ada juga ada juga air kelapa dan jeli kelapa dengan berlatar belakangkan pantai,dengan angin-angin pantai yang sempui-sempui bahasa.Memang best lah.Kalau nak makan dekat rumah boleh juga,bungkus je.