Saturday 10 September 2011

Sejarah sikit KEMAMAN,TERENGGANU


Kemaman merupakan daerah di negeri TerengganuMalaysia. Ia berada pada kedudukan koordinat 4° 13' 60" Utara dan 103° 27' 0" Timur, pusat daerah Kemaman ialah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Kemaman mengadap Laut China Selatan.
Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu :
Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai.
  1. Kawasan pantai.
  2. Kawasan pedalaman.
  3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai).
Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 batu dari Kuala Kemaman ke Kertih. Lebih separuh penduduk Kemaman tertumpu di kawasan ini.
Kawasan pedalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bukau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu kayan. Justeru itu, penempatan yang berlaku ada hubungkait dengan aktiviti ekonomi setempat.
Di samping itu, kawasan kaki bukit daerah ini mempunyai jumlah penduduk kedua ramainya. Kawasan ini terletak di antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pedalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini adalah sebagai petani.
Sejarawan Mesir bernama Ptolemy yang membuat peta dunia termasuk Semenanjung Tanah Melayu menyebut Kemaman sebagai KoleKuala Terengganu pula sebagai Primula.
kemaman mempunyai 2 buah perlabuhan satu di kerteh dan satu diteluk kalong.industri di kemaman berasaskan petroleum dan keluli.selain itu,kemaman juga mempunyai bandar di sepanjang jalan pantai daerah kemaman.Ianya bemula bandar chukai,bandar baru kijal, bandar peranginan kijal,pekan kemasik yang mempunyai sebuah pusat membeli belah mesra mall dan bandar kertih.
Sekitar tahun 1700, Che Wan Teh keturunan bangsawan Kuala Pahang telah berhijrah ke sini berikutan berlaku persengketaan di Pahang. Beliau menjadi peneroka pertama bagi Kampung Bukit Kuang. Sebelum itu, orang Sakai telah lama mendiami kawasan ini. Setelah kedatangan orang Melayu, orang Sakai berhijrah jauh di pedalaman Kemaman. Kemudian, Che Wan Teh berpindah keTanjung Geliga di muara Sungai Kemaman bagi mencari kawasan lebih selamat. Seterusnya berpindah ke Chukai yang lebih stabil dan selamat daripada ancaman lanun.
Versi lain pula menyatakan Kemaman diteroka oleh Lebai Saris seorang bangawan PataniSiam pada awal abad ke-19 semasa Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Ahmad (1808 - 1830).[2]Lebai Saris dan pengikutnya telah datang ke Kemaman dan meneroka kawasan penempatan di sekitar Kampung Nyor.
Lebai Saris juga dikaitkan sebagai orang yang telah memberi perkataan "Kemaman" iaitu gabungan perkataan-perkataan "Kera" dan "Pokok Maman". Tidak dapat dinafikan bahawa Lebai Saris telah memainkan peranan penting dalam Pembukaan Daerah Kemaman secara lebih meluas di antara Kampung Mak Cili, Kampung Mat Lagam, Kampung Pasir Tengku dan Kampung Jabor.
Penduduk Daerah Kemaman telah bertambah dan pengaruh kekuasaan Lebai Saris semakin teserlah. Berikutan itu, timbul fitnah menyatakan Lebai Saris tidak mahu lagi tunduk kepada Yang di Pertuan Terengganu (Sultan Terengganu). Oleh itu Sultan Ahmad telah menghantar Engku Kembal untuk melawan kekuatan Lebai Saris yang di ketuai oleh anaknya Abu Bakar. Dengan tipu muslihat, Engku Kembal telah berjaya menewaskan Lebai Saris dan anaknya. Kedua-dua mereka dianggap penderhaka dan di hukum sula dengan suda nipah.

No comments:

Post a Comment